Nasyazrin Journal

Resepi - Kuih Ketayap Version Karipap

Malam tadi anak-anak CikSha minta buatkan kuih ketayap... adoi la anak-anak, dah lewat malam pun minta nak makan kuih muih lagi ke... dah la si ibu ni malas dah nak masuk geledah dapur..
tapi apakan daya, bagi memenuhi perut si anak-anak berdua tu, CikSha gagahkan jugaklah masuk dapur... geledah sana geledah sini, cek bahan-bahan nak buat ketayap ni cukup ke idak...
Nasiblah ada kelapa muda yang dah diparut dalam peti sejuk.. CikSha memang standby kelapa dalam peti sejuk, sebab malas la nak pergi kedai semata-mata nak beli satu barang ja kan..

CikSha ni bukan la pandai sangat buat kuih muih ni..maklumlah, muda-muda dulu sibuk usung buku kehulu hilir belajar engineering.. bukan nak belajar masak.. Natijahnya, sekarang ni bila nak masak sesuatu, google jalah sumbernya.

kali ni CikSha guna resepi ketayap dari hasil celop resepi Azlita Masam Manis..  nampak sedap sangat... tapi Ciksha main campak-campak ja resepi, xda masa lah nak sukat-sukat ikut resepi tu... asal ada dah la memalam ni.. 

ni CikSha copy resepi asalnya.

Bahan Untuk Kulit
300 gm tepung gandum650 ml air pandan1 sudu teh tepung jagung1 biji telur1 sudu teh garam1 sudu makan minyak masak
Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan terrrrr..... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....

Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul 



Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Tapi ketayap CikSha buka version gulung tau, sebab nak cepat... CikSha guna nya acuan karipap tu...cepat siap, cepat dimakan... Jadilah habuan makan anak-anak memalam..


Hobi -Menyemai Bunga (Impatient Athena)

Melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan dah menjadi satu kegemaran CikSha... CikSha suka sangat tanam pokok-pokok bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran..kalaulah CikSha tinggal kat kampung, mesti CikSha dan memanfaatkan tanah yang ada..bak kata "Berbudi pada tanah". ewah-ewah CikSha ni.. Jangan tak tau, tangan CikSha sejuk Tau...Tanam apa pun pasti menjadi...

CikSha suka sangat dengan pokok bunga "Impatient Athena" ni.. korang kenal tak pokok ni... ni ha... Nih la pokoknya... cantikkan ..
sumber google
sumber google

Memandangkan CikSha suka sangat dengan pokok ni, CikSha pun belilah beberapa warna Impatient Athena  ni kat facebook "seeds galore". Harganya tak la mahal sangat...beberapa ringgit ja untuk satu packet. dah lama dah CikSha beli nih..taktaulah boleh hidup lagi tak...kita tengok hasilnya nanti..

Jom-jom kita semai..
 Ni barang-barang yang kita perlukan

Cawan polisterin (lebih-lebih buat jamuan tu jangan buang)
Tanah..guna peat moss lagi bagus untuk semaian 
Skru /paku- nak tebuk lubang bawah polisterin (pengaliran)
Benih bunga
Playar - nak pegang skru /paku
Air



Panaskan skru/ paku atas api - hati-hati ya. bertujuan nak tebuk lubang cawan polisterin dengan mudah.







Tebuk lubang bawah polisterin guna skru/paku panas tadi. Tebuk banyak-banyak supaya pengaliran air semasa menyiram lebih lancar.







Akhir sekali , semailah benih-benih tu... siram
Apa hasilnya, kita tunggu dan lihat nanti... Harap tumbuhla bunga kegemaran CikSha ni... 

Photo editing

Harini CikSha duk cuba-cuba la edit gambar jahitan CikSha..CikSha xda model cun...so CikSha guna la sahabat CikSha sebagai model tetap CikSha...jadilah kan.. pastu edit2 sikitlah bagi cun melecun...dah lama x asah bakat mengedit ni, jadi Kaku sikitlah..cantik x?

Tempahan pakaian masih berjalan k... Boleh contact CikSha..0194649839
Ampang, selangor




Nuffnang Ads