Nasyazrin Journal: 2018

Resepi - Kuih Ketayap Version Karipap

Malam tadi anak-anak CikSha minta buatkan kuih ketayap... adoi la anak-anak, dah lewat malam pun minta nak makan kuih muih lagi ke... dah la si ibu ni malas dah nak masuk geledah dapur..
tapi apakan daya, bagi memenuhi perut si anak-anak berdua tu, CikSha gagahkan jugaklah masuk dapur... geledah sana geledah sini, cek bahan-bahan nak buat ketayap ni cukup ke idak...
Nasiblah ada kelapa muda yang dah diparut dalam peti sejuk.. CikSha memang standby kelapa dalam peti sejuk, sebab malas la nak pergi kedai semata-mata nak beli satu barang ja kan..

CikSha ni bukan la pandai sangat buat kuih muih ni..maklumlah, muda-muda dulu sibuk usung buku kehulu hilir belajar engineering.. bukan nak belajar masak.. Natijahnya, sekarang ni bila nak masak sesuatu, google jalah sumbernya.

kali ni CikSha guna resepi ketayap dari hasil celop resepi Azlita Masam Manis..  nampak sedap sangat... tapi Ciksha main campak-campak ja resepi, xda masa lah nak sukat-sukat ikut resepi tu... asal ada dah la memalam ni.. 

ni CikSha copy resepi asalnya.

Bahan Untuk Kulit
300 gm tepung gandum650 ml air pandan1 sudu teh tepung jagung1 biji telur1 sudu teh garam1 sudu makan minyak masak
Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan terrrrr..... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....

Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul 



Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Tapi ketayap CikSha buka version gulung tau, sebab nak cepat... CikSha guna nya acuan karipap tu...cepat siap, cepat dimakan... Jadilah habuan makan anak-anak memalam..


Hobi -Menyemai Bunga (Impatient Athena)

Melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan dah menjadi satu kegemaran CikSha... CikSha suka sangat tanam pokok-pokok bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran..kalaulah CikSha tinggal kat kampung, mesti CikSha dan memanfaatkan tanah yang ada..bak kata "Berbudi pada tanah". ewah-ewah CikSha ni.. Jangan tak tau, tangan CikSha sejuk Tau...Tanam apa pun pasti menjadi...

CikSha suka sangat dengan pokok bunga "Impatient Athena" ni.. korang kenal tak pokok ni... ni ha... Nih la pokoknya... cantikkan ..
sumber google
sumber google

Memandangkan CikSha suka sangat dengan pokok ni, CikSha pun belilah beberapa warna Impatient Athena  ni kat facebook "seeds galore". Harganya tak la mahal sangat...beberapa ringgit ja untuk satu packet. dah lama dah CikSha beli nih..taktaulah boleh hidup lagi tak...kita tengok hasilnya nanti..

Jom-jom kita semai..
 Ni barang-barang yang kita perlukan

Cawan polisterin (lebih-lebih buat jamuan tu jangan buang)
Tanah..guna peat moss lagi bagus untuk semaian 
Skru /paku- nak tebuk lubang bawah polisterin (pengaliran)
Benih bunga
Playar - nak pegang skru /paku
Air



Panaskan skru/ paku atas api - hati-hati ya. bertujuan nak tebuk lubang cawan polisterin dengan mudah.







Tebuk lubang bawah polisterin guna skru/paku panas tadi. Tebuk banyak-banyak supaya pengaliran air semasa menyiram lebih lancar.







Akhir sekali , semailah benih-benih tu... siram
Apa hasilnya, kita tunggu dan lihat nanti... Harap tumbuhla bunga kegemaran CikSha ni... 

Photo editing

Harini CikSha duk cuba-cuba la edit gambar jahitan CikSha..CikSha xda model cun...so CikSha guna la sahabat CikSha sebagai model tetap CikSha...jadilah kan.. pastu edit2 sikitlah bagi cun melecun...dah lama x asah bakat mengedit ni, jadi Kaku sikitlah..cantik x?

Tempahan pakaian masih berjalan k... Boleh contact CikSha..0194649839
Ampang, selangor




Resepi - koey teow celup / sup Siam ( versi simple)

Mak CikSha datang dari kampung..yeah...seronoknya...sebab apa tau CikSha suka kalau mak CikSha datang..sebab mak akan masak macam-macam dan semestinya air tangan mak adalah masakan tersedap di dunia.. memang dah Tak boleh ditandingi dah..

Hari ini mak CikSha masak koteow celup ataupun Sup Siam... Mak CikSha memang dari Thailand..so makanan Thai memang dah sebati dengan jiwanya..

Nampak sedapkan...meh cikSha kongsi resepi..yang ni resepi paling simple, x banyak bahan diperlukan...anak- anak yang baru nak belajar masak pun boleh masak.. 
Bahan simple tapi rasa memang Tak mengecewakan.. jom Kita cedok resepi

Koteow celup 

Bahan- bahan untuk kuah
Ayam 4 ketul
Air 
Halia - diketuk
Bawang putih- diketuk
Lada hitam- ditumbuk
Garam
Gula
Perasa
 * semua bahan-bahan ni Masuk je semua dalam periuk...didihkan sehingga masak
*  Sukatan ikut kesusaian rasa

Bahan hidangan
 Koteow / Mee/ meehun
Kangkung dicelur
Kacang goreng dihancur
Bawang goreng
Limau nipis

Ok...Masuk semua ni dalam mangkuk, letak kuah..siap..boleh ngap..

Simple sgt kan...ok, boleh la dicuba..


Mimpi GIgi Patah - Mimpi Benar

Sudah lama CikSha  nak menulis mengenai MIMPI GIGI PATAH ATAU TERCABUT NI sebab CikSha selalu sangat dapat minpi yang macam ni... kadang-kadang CikSha trauma sangat bila dapat mimpi gigi patah ni...sebbanya ianya satu petanda..

Akan ada ahli keluarga terdekat CikSha akan meninggal dunia...mungkin dua atau tiga hari selepas mimpi itu datang...ALLAHU AKBAR..Memang benar, CikSha pernah mendengar kawan-kawan CikSha beritahu kalau kita bermimpikan gigi kita patah, itu petanda kita akan kehilangan ahli keluarga ataupun kecelakaan yang akan menimpa .. dulu CikSha tidak percaya petanda ni..CikSha hanya menganggap ianya mungkin permainan tido dan bila ada ahli keluarga yang meninggal, CikSha ianya hanyalah kebetulan..

Tapi bila seringkali  sanagat mimpi tu datang...dan apa yang ditafsirkan, memang benar-benar berlaku..CikSha bertambah percaya dan yakin sehinggalah CikSha terbaca dan mendengar ceramah dari ustaz-ustaz yang mengatakan memang ada mimpi benar ataupun petanda... salah satunya mimpi gigi kita patah atau tercabut... ianya satu petanda..

CikSha pernah alaminya sebelum kematian arwah ayah CIkSHa 11 tahun lalu, arwah sepupu CikSha,n ramai lagi...Tp malam tadi CikSHa alami nya lagi... CikSha Trauma...
Semoga dipanjangkan Usia kita...masih belum cukup amalan kita untuk mempersiapkan diri bertemu Pencipta kita.. ALLAH SWT..

CIKSHA TAK KUAT....MIMPI BUKAN HANYA SEKADAR MAINAN TIDUR



Pergi Tak Kembali

AL-FATIHAH

Assalamualaikum...CikSha mulai posting kali ni dengan bacaan AL-Fatihah.. mari sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah buat arwah2  yang telah pergi meninggalkan kita didunia ini..Perginya mereka ke alam barzarkh yang lebih abadi.. semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati olehNYA..  

Tanggal 27 Jun 2018 bersamaan 13 Syawal.. perginya ayah CikSha ke sisi penciptanya.. perginya pasti tak kembali lagi...Kerana masalah jantung..

Nuffnang Ads