Nasyazrin Journal: 2017

Resepi - Merojak Kedondong

Rojak bukan sebarang rojak tau.. ni rojak import dari Pulau Bawean , Indonesia.. ataupun secara ringkasnya, Pulau Boyan... hehehe... yang specialnya rojak ni, kuah dia tu bukan kuah rojak macam kat Malaysia tau yang jenama Mak Bee, Rodziah n sebagainya.. rojak ni guna petis.. Petis ni diproses menggunakan ikan..resepi petis ni, Cik Sha pun x tahu.. tahu makan ja.. 
Cik Sha belajar makan petis ni sejak kawin dengan orang boyan ni la.. dulu2 x dpt jugak la nak telan kalau makan dengan buah2 macam mangga , kedondong ke.. ya lah dah biasa makan dengan kuah rojak atau garam belacan ja.. tapi lama2 tersuka dan ketagih plak..

arini Cik Sha makan dengan kedondong... 


bancuhan petis tu...letak sikit petis, cili sebiji, gula sikit n sikit kacang goreng...tenyeh2 bagi hancur..cicahlah dengan kedondong..

petis ni boleh jugak buat rojak sayur dan lontong..nanti ada masa CikSha bagi resepinya k..

Resepi - Laksa Kedah

Mesti ramai yang minat laksa kan...banyak-banyak laksa yang ada kat Malaysia ni , laksanegeri mana yang menjadi kegemaran korang eh...laksa Kedah ke, laksa Penang ke, Laksa Kuala Perlis ke, Laksa Johor ke, ataupun laksa Sarawak... Cik Sha pasti setiap jenis laksa ni pasti ada keistimewaannya dan peminatnya yang tersendiri... CikSha ni orang Kedah.. so memang tekak CikSha ni selera orang kedah la... meh CikSha nak kongsi resepi laksa Kedah CikSha yang pastinya sedap n meletop... rugi kalau korang tak cuba tau.. 

Jom layan resepinya...

Bahan-bahan kuah
2/3 ekor ikan sardin/ikan selayang/ikan kembung
10 tangkai cili kering- ikut suka
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 keping asam keping
2cm belacan- jika suka
garam 
ajinomoto- jika suka
bunga kantan
daun kesum

bahan mee
laksa kering - direbus
timun
bawang besar
daun ulam/salad
telur rebus
cili padi

Cara- cara memasak
1. rebus ikan sehingga mendidih
2.asingkan isi dan tulang ikan.
3. blend isi ikan sehingga separuh hancur
4. blend tulang ikan bersama air rebusan ikan..tapis anbil airnya sahaja
5. blend cili kering bersama bawang merah dan putih

6. masukkan isi ikan, air tulang ikan dan cili yg diblend tadi kedalam periuk
7. masukkan garam, asam, ajinomoto, bunga kantan,daun kesum
8. didihkan semua bahan sehingga masak
9. sedia untuk dihidang kan


Siap dah laksa utara CikSha..nyum nyum



Nuffnang Ads