Nasyazrin Journal: Tak nak tolong bangsa sendiri...apa cerita ni?

Tak nak tolong bangsa sendiri...apa cerita ni?

Kita selalu dengar orang cakap macam ni kan "Kalau kita sendiri tak bantu bangsa kita..siapa lagi yang nak bantu ." selalunya ucapan macam ni biasa kita dengar atau cakap dalam berniaga kan...dan semestinya kaum melayu la... ataupun kita mesti support peniaga melayu kerana nak bantu bangsa melayu...biar bangsa melayu lebih maju dalam bidang perniagaan yang kebiasaannya dimonopoli oleh kaum cina ( terbukti dengan kebanyakan bangunan besar2 bertulisan cina ataupun dinamakan dengan pemilik cina )..berapa kerap sangatlah kaum melayu yang berjaya kan.....

ish2 apasal aku cakap pasal perniagaan plak ni...libatkan kaum plak tu.. jangan sampai menimbulkan sensitiviti kaum la..uish aku tak cita kaum2 ni..sebenarnya aku nak cita pasal peniaga yang dengkikan peniaga lain ni yang mana berlaku kat depan mata sendiri ..malah baru sangat berlaku malam ni....

aku nak rahsiakan di mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti dalam sebuah restoran tempat aku ,laki aku dengan adik2 aku makan malam......bermulalah kisahnya.....
restoran ni tak da lah besar mana pun...nak kata ramai orang makan kat sini tak da la ramai sangat pelanggan pun ...sebenarnya kami nak cari restoran yang ada jual sate sebab laki aku nak makan sate setelah penat berjalan kat i-city...maklumlah dah puas keliling satu i-city tu kan...nak dijadikan cita gerai yang jual sate tu plak, satenya dah abis....jadi pergilah kat satu restoran ni ( tempat kejadian  ) kat sini ada jual chicken wing( rasanya tumpang kat restoran ni )...so bila sate dah tak der, chicken wing pun dah kira ok lah...sebab tengok chicken wing dia tu macam sedap..

kami pun duduklah kat satu meja dalam restoran tu kan ...dalam 5 minit macam tu ada la seorang pakcik ni datang nak ambik order ...aku sertakan dialog kami dengan pakcik order tu k...senang korang semua nak faham sikit ..

babak pertama
      
pakcik restoran : nak order ke?
laki aku : ha'ah ..dah 10 minit tunggu ni..
pakcik restoran : ya ka....ok nak minum apa

kami pun order la air (tak de masalah dengan air )

babak ke 2

laki aku : bagi chicken wing 5 ya ...
pakcik restoran : maaf dik...chicken wing dah abis...
laki aku : aduh...ya ka...hmmm pergi la tanya ada lagi kot...2 pun tak pa ( teringin sangat la katakan )
pakcik restoran : memang dah tak da...orang depan  (customer ) tu pun order 3 tapi dapat 2 ja...diaorang last la...
laki aku : hmm...tak perlah ..dah tak der rezeki kan...so order makanan lain la

kami pun order la nasi putih, tomyam campur, telur dadar..
pakcik restoran : tak nak tambah ke....ikan siakap...tiga rasa....( suggestion dari dia) ...yang ni kami angguk ja lah...kira order lah..

air dah sampai......separuh minum barulah makanan sampai ( lama jugaklah tunggu )

babak ke 3

bukanlah kami ni tak pernah makan kat luar...selalu sangat dah..so kami dapat la bezakan dan boleh bandingkan perkhidmatan, masakan dan apa-apa lagilah yang berkaitan kan...hmm masakan kat restoran ni memang lain dari yang lain...bukan lebih baik...namun serba tak kena...antaranya :
1) tom yam ...dah la tak sedap...kandungan dalam tu boleh bilang lauknya ..sotong ada 2 hiris..ayam ada 2 hiris..udang ada 2 ekor..yang lain2 tu bawang, serai, daun limau purut..buat semak je lebih.
2) ikan siakap tiga rasa...ikan kecil..tak der rasa ..kuah melambak penuh pinggan ( biasa kat tempat lain sikit2 ja kuahnya)

memandang kami ni 4 orang ,rasa macam tak cukup la plak lauknya... yang bestnya pakcik tadi cakap chicken wing dah abis...tapi kami duk tengok orang yang duk bakar chicken wing tu tak abis2 duk membakar...banyak plak tu...so aku suruh la laki aku pergi tanya orang yang bakar chicken wing tu..ada lagi ke tak sebenarnya...

laki aku pun pergi la order chicken wing tu....5 ketul ( eh ada la plak...tadi kata tak der ) ...dah mula angin dah ...rasanya pakcik restoran ni tak nak bagi pelanggan dia beli makanan lain selain dari makanan dalam restoran dia tu ..maklumlah chicken wing ni tumpang sikit ja restoran dia tu...tak baik kan pakcik tu sekat rezeki orang lain ..orang tu pun nak gak cari makan macam dia jugak...melayu tu...islam lagi...

ada lagi ni....babak ke 4 

laki aku minta nasi tambah kat pak cik restoran tu ( sampai ke sudah nasi tak sampai2 )....ish2 cam ni ke nak meniaga...spoil betul la pakcik ni..memang dah masuk senarai blacklist la restoran ni(tak pergi lagi lepas ni)
duk tunggu nasi tak kunjung2 tiba...laki aku ni angin la...dari mula sampai lagi duk buat hal...laki aku pergi order lagi 5 ketul chicken wing...hah jadi 10 dah kami makan.....tadi kata tak dak langsung. apa cita ni...
pakcik restoran tadi plak dah tak datang dah kat meja kami...duk kat kaunter ja. agaknya dah malu sendiri kot bila tengok kami dah dua kali order chicken wing ni..

dah bayar bil kat kaunter tu.(settle la kat restoran pakcik ni )

bila masa nak bayar kat penjual chicken wing ni..laki aku pun cita la yang owner restoran tu cakap chicken wing dah habis masa kami nak order....laki aku nasihatkan penjual tu carilah tempat niaga lain..kalau owner restoran sendiri dah dengki dia nak meniaga, macam tak sedap la kan...ada orang busuk hati macam tu..

tu lah korang, kisahnya ada peniaga yang busuk hati dengan peniaga lain walaupun satu bangsa satu agama... macam mana nak pakai slogankata SATU MALAYSIA kalau satu bangsa pun macam ni....ni baru buka restoran..belum ada empayar sendiri...hmm tak tau lah





2 ulasan:

mie berkata...

tu dia!!
sampai camtu skali..

aishah berkata...

ha la...

Nuffnang Ads